Kajian kajian ini. Kajian ini sesuai digunakan oleh semua

Kajian
ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menarik perhatian murid terhadap arahan
yang diberikan oleh pengkaji semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani. Fokus kajian pula adalah untuk mengurangkan masa dalam pengurusan
murid serta mengawal tingkahlaku murid sewaktu aktiviti Pendidikan Jasmani
dijalankan.

Sebelum menjalankan kajian lima
faktor berikut telah diambilkira bagi memastikan keberhasilan kajian.
Faktor-faktor yang dimaksudlkan adalah kebolehtadbiran, kepentingan,
kebolehgunaan, kolaborasi dan kerelevanan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

1.5.1
Kebolehtadbiran

 

Kajian
ini mudah ditadbir dan diuruskan. Aspek kebolehtadbiran ditekankan dalam kajian
ini merujuk kepada perancangan yang pengkaji tetapkan. Perancangan yang
ditetapkan ini telah dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani. Pengkaji dapat merancang kajian ini dengan baik dan sistematik kerana pengkaji
menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sendiri untuk
melaksanakan tindakan yang dirancang. Selain itu, pengkaji turut melaksanakan
kajian ini tanpa bantuan pihak lain.

 

1.5.2
Kepentingan

 

Kajian
ini adalah penting bagi menarik perhatian murid serta melibatkan murid secara
sepenuhnya dalam aktiviti Pendidikan Jasmani bagi membantu memenuhi keperluan
fizikal murid-murid dan juga sekolah. Kajian ini juga telah membantu pengkaji
untuk mengurus murid-murid dengan lebih sistematik dan mudah semasa pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Misalnya, murid-murid memahami kehendak
kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Secara tidak langsung, kajian ini dapat
meningkatkan tahap disiplin murid-murid pengkaji semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan.

1.5.3 Kebolehgunaan

 

Seterusnya, aspek kebolehgunaan dalam kajian ini.
Kajian ini sesuai digunakan oleh semua guru sekolah mengikut arahan yang hendak
diberikan. Tindakan daripada kajian adalah mengikut kreativiti seseorang guru
tersebut sendiri. Oleh itu, kajian ini bukan sahaja untuk membantu guru
Pendidikan Jasmani, malah guru matapelajaran lain juga turut boleh
menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka khususnya untuk
menyelesaikan masalah kawalan kelas dan pengurusan murid.

 

1.5.4
Kolaborasi

 

 

Kajian ini hanya dapat dijalankan
dengan kerjasama beberapa pihak. Pihak yang telibat antaranya adalah pihak
sekolah, guru pembimbing, pensyarah pengkaji dan juga rakan praktikum pengkaji.
Pihak sekolah membenarkan murid-murid terpilih membantu dalam menyelesaikan
kajian yang dijalankan. Selain itu, pengkaji juga telah berhubung dengan guru
pembimbing, guru-guru Pendidikan Jasmani dan pensyarah pembimbing yang terlibat
sebagai rujukan jika terdapat sebarang kemusyikilan dalam melaksanakan kajian
yang dicadangkan. Pengkaji turut meminta bantuan rakan praktikum dalam
pengambilan gambar dan video sebagai bukti kajian.

 

 

1.5.5 Kerelevan
kepada sekolah

 

Kajian ini dilihat releven dengan peningkatan disiplin
atau tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid-murid. Jika murid-murid dapat
dibentuk sebagai seorang murid yang peka terhadap arahan pengkaji malah murid
tersebut bolehlah menjadi seorang insan yang seimbang dari aspek JERIS.
Lebih-lebih lagi, pengkaji dapat membanteras masalah disiplin di sekolah.
Penggunaan kad 4D ini bukan sahaja dapat mengawal tingkah laku murid-murid
dikelas malah secaragus ia dapat menurunkan masalah disiplin murid secara
berperingkat dari segi pengurusan masa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.6 
Objektif
Umum

 

 

Penggunaan kad 4D dapat menarik
perhatian murid dan mengawal tingkahlaku murid dalam proses pengajaran dan
pengajaran Pendidikan Jasmani. Penggunaan kad 4D ini akan membantu murid untuk
sentiasa peka dengan arahan yang akan diberikan oleh guru.

 

 

1.6.1       
Objektif
Khusus

 

 

1.6.1.1  Murid
dapat memberi tumpuan semasa guru memberikan arahan.

1.6.1.2 Meningkatkan disiplin murid setiap kali
mengikuti waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

1.6.1.3  Murid
dapat mematuhi arahan yang diberikan oleh guru semasa aktiviti Pendidikan
Jasmani setelah menggunakan kad 4D.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.7  Hipotesis Kajian

 

1.7.1
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kaedah  pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
jasmani.

 

1.7.2  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam  responden kajian iaitu murid tahun
4.

 

1.8 Kerangka Konseptual

Rajah 1.1 Kerangka
Konseptual

x

Hi!
I'm Dominick!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out
x

Hi!
I'm Dominick!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out